Photobucket - Video and Image Hosting
"My ink is black..don't ask me to draw a rainbow" - Iraqi Poet & Artist, As-Saggar
"Dakwat penaku hitam, usah pintaku melukis pelangi"-As-Saggar,Penyair dan Seniman Iraq

رسالة من تحت الماء.
-نزار قباني-

إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

.....

Photobucket - Video and Image Hosting

"Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you"
-Gibran Kahlil Gibran-

AKU
-Allahyarham Chairil Anwar-

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Google

Selasa, Januari 6

Tahun Baru : Kullo 'Am Wa Enta Bittayyib!

Dah 6 hb Januari, sekarang baru ada mood untuk menulis tentang tahun baru 1430 dan2009...

Tahun baru sinonim dgn azam..walau bunyinya agak stereo type..its actually bagus..(maybe thats why ada pahala untuk orang yang hanya berniat untuk buat baik)...

Apa azam tahun ini..? It is better to lay them down...at least ada orang jadi saksi and keep reminding me...:)

AZAM TAHUN INI(inter alia)

1) Bukan lagi untuk kurangkan berat badan, tapi to keep it fit. So kenalah pergi ke gym.
2) Improving my Arabic yang semakin tumpul. Since i left 'the company' and joined service...vocab lansung tak bertambah bahkan terasa semakin kurang...bercakap jangan haraplah...harap dengar lagu-lagu arab sajer.
3) Be active in kerja-kerja sukarela. I am looking for rumah anak-anak yatim where in penang...masih belum jumpa..:(
4) Mencari side income....akan kembali belajar menulis dan menulis. Akan pergiatkan kerja-kerja terjemahan.
5) Meneroka hobi baru....apa ya...?
6) Last but will never be least adalah untuk menambah amal untuk DIA

NOTA UNTUK DIRI DAN PEMBACA YANG MENGIKUTI:

Ini adalah entry ke 324 sejak mula bergelumang dalam dunia maya blog pada April 2004..Mungkin entry yang terakhir.

Muqreez berkira-kira untuk melabuhkan tirai blog ini...dan jika ada masa untuk membina satu laman web yang lebih ilmiah..
Insya-Allah. Takkan ada lagi coretan picisan peribadi seorang blogger yang bernama Muqreez..

Maaf atas sebarang kedangkalan...




01.Matwasnish - Tamer Hosny
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Isnin, Disember 22

Into My Twilight....

"when you can live forever, what do you live for?"- Edward Cullen

It has been a long time since my last entry.

Went down to Malacca for a conference...then dropped by in KL for a while and..but then..bad timing as I wasn't able to meet up with those i miss …huhuhu



Back in Butterworth, got stuck in court room and was urged to wrap-up almost all the aged part-heard trials, though it's a bit impracticable to finish up ‘em all within this year. No matter how… "Not only must Justice be done; it must also be seen to be done."

It was so hectic...Yea..A bundle of stories and events to be shared with here. But ain’t time to spend mumbling all about my life that I’d gone thru in pass few weeks.

In the meantime…..I do strongly recommend and call all of you to watch this movie..

Twilight….its superb…not a typical love story or horror movie…it makes me raring to go and find the novel where it has been adapted. Thanks Mr.Jamal for supplying the pdf type part of the saga…but yet it does not satisfied me…I’m thirsty to know the full anecdote.

Two thumbs up to Robert Pattinson who plays the main character of Edward Cullen..…no wonder..somebody named him as the next Jude Law or James Dean (is that too much? no lah).



As to the contrary, I did watch ‘Histeria’, a local Malay Horror Movie…a night before i watched Twilight...hmmmm..it turned up to be a Malay version of the ‘Predator’…..Hantu Raya seemed to be a nasty monster....

As for me now, I can’t wait for a leave which has been approved from Xmas until 4th Jan 2009……For sure I’m gonna keep my distance from the office and court… but don’t ask where I shall set off as ain’t idea where the foot will carry me..
Twilight Badge
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Selasa, November 18

Untuk 5 Tahun..Sanggup?

Babak 1 ( Dalam kereta)

Umi: Hubungan dengan dia macammana?
Anak: Macamana macamana?
Umi: Ada plan nak lansung ka? Mak bukan nak paksa, saja tanya
Anak: (Sambil memikirkan plan untuk sambung study dan stabilkan status kewangan)..lima tahun lagi kot..
Umi: OO...tak pa lah
(Mungkin dia tak kisah sebab anak2 lelaki dia semua kawin umur 30-an)

Babak 2 (melalui SMS)

Anak:Nak tanya boleh?
Kawan Anak: Tanya apa?
Anak:Sanggup tunggu 5 tahun?
Kawan Anak:Kenapa lama?
Anak: Tak cukup modal lagi..plan nak sambung belajar
Kawan Anak : Saya dengar awak dah ada orang lain.
Anak: .......(terkedu)

Nota Berangan:
Ada tak orang sanggup nyanyi lagu ini untuk aku?


Lyrics | Imran Ajmain - Seribu Tahun lyrics
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Selasa, November 11

Rehat sebentar...

Baru sampai Penang, cerita panjang di Kuching nanti diperihalkan..penat dan di ambang sibuk.

Untuk setakat ini...
Kuching 2008

Nota: Sebenarnya suatu peristiwa berlaku beberapa jam sebelum berlepas ke Kuching..walau apa pun..'ala kolli hal...alhamdulillah..maka esok baru nak fikir dan bertindak untuk selesaikan apa yang tertangguh...doakan dipermudahkan..then nanti baru disambung cerita jalan-jalan di Kuching :)

Nota Untuk Diri : Terbaca Hadis ini dalam blog Neurotically Speaking

"Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan mukmin. Apabila seseorang mukmin itu memperoleh kebaikan, dia terus bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya" (Hadis riwayat Muslim)

من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Selasa, November 4

Terbang Mencari Kenyalang


Next Trip
Insya Allah..akan terbang ke Kuching Khamis nanti..pulang kembali ke semenanjung pada hari Isnin.

Pada asalnya Kuching bukanlah destinasi percutian yang dirancang dalam kalendar pelancongan 2008...huhuhu, muqreez membayangkan untuk ke Jogjakarta bulan ini, namun setelah difikirkan semula...Kuching jadi pilihan..kerna belum pernah jejaki ke Malaysia Timur. Tambahan pula, ada dua orang sahabat baik yang comel dan gebu-gebu di situ..hehehhe

Tapi, belum plan apa2 pun lagi ke mana hendak dituju secara khusus. Kalau korang ada cadangan...maju2kan lah...
Harap semua berjalan lancar...

After Next Trip

Sekarang tengah merancang untuk bercuti ke Bangkok...berkira-kira nak pergi dengan keratapi dan balik melalui jalan udara...tapi cuti pun belum apply...cadangnya nak apply dari 22 Disember sampai awal tahun...(nak habiskan cuti tahunanlah katakan..mahkamah pula dah dikosongkan untuk sebarang Bicara atau Sebutan)..maka merasalah cuti panjang skit...

Before Next Trip

Last two weeks, selepas lama duduk di Penang. Baru berpeluang untuk pusing-pusing tempat-tempat menarik. Tapi sempat cover Batu Feringgi dan kawasan sewaktu dengannya sahaja termasuklah taman rama-rama..


Belangkas di Tmn Rama2 - berkepit jer kerjanya..dah nama pun belangkas kan

Pantai Batu Feringgi

Naik Feri pi Tanjung

Rama-Rama...

Tuan punya Kamera laa..

Tengah mengidam untuk ke Pantai Kerancut...pergi ramai-ramai best la...sebab pantai ini terletak dalam taman negara Penang. Nak sampai ke pantai ini kena ikut jalan laut atau jalan kaki rentas hutan taman negara.

من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Rabu, Oktober 29

Kick Out Racism

Aku balik ke Perlis...Pusing-pusing bandar (lebih tepat pekan)Kangar cari kedai jahit yang boleh baiki blazer yang tertanggal butang.

Kisah di Kedai Pertama:

Muqreez: Hi..boleh tanya..sini boleh baiki blazer yang tertanggal kancing tak?

Perempuan Cina:You bawak mai sini..baru I boleh tgk boleh buat ke tak? you ingat I boleh buat semua benda. (sambil tarik muka)

Muqreez:Ler, yang marah nih pasai apa, saya nak tanya dulu boleh buat ke tak..saya tak bawa mai blazer, kalau nak tgk boleh saja saya amik...keta pun parking depan kedai..(bukan dalam petak parking..sori yer abg polis)..tapi jangan lah marah macam tuh

Perempuan Cina: Orang Melayu semua macam nih...

Dengar saja dia cakap macam tu, aku terus belah. Pertama, panas pulak telinga aku dengar. Aku benci perkauman. Kedua, aku mmg tak boleh tahan dengan orang yang berniaga tapi layan pelanggan macam kita nih hadap sangat dengan servis dia.
Aku pun pelik pasai apa dia boleh kata such racist statement. Situasi hari ini barangkali menyebabkan semakin menebal semangat perkauman.


ERONISNYA...

Kisah Di Kedai Kedua:

Muqreez : Tumpang tanya, u boleh repair blazer saya yang tertanggal butang ni tak?
Perempuan Cina : Ooo..itu blazer..jaket ka? tak bole oo...u kena pi kedai yang buat blazer sebab jahit dia lain.. Sori yer dik...

Lain kan bunyi nya..

Kedai Di Ketiga: (OZ Homme, Kangar..promote skit)

Muqreez : U bole baiki blazer I yang tertanggal butang tak?
Lelaki Cina : Bole, bole...tak masalah..abang nak ambil bila...
Muqreez : Petang skit..lepas saya balik jogging dalam kul 6.30
Lelaki Cina : Itu ka...kalau pukul 6...seratus butang pun boleh siap..(sambil dia senyum)

Dia layan baik..siap panggil abang lagi...walau dia tahu aku pi bukan untuk tempah blazer tapi nak repair butang..RM2 saja pun.
_______________________________________

Muqreez :"RACIST TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA BANGSA..TAPI PEMIKIRAN MANUSIA"

Kisah Untuk Panduan

Kekasih Allah : Bukan di kalangan kami mereka yang menyeru kepada assabiyyah (ketaksuban), bukan dari kalangan kami mereka yang berperang kerana assabiyyah, bukan juga di kalangan kami mereka yang mati kerana Assabiyah

Sahabat: Apa itu assabiyyah wahai Rasululullah?

Kekasih Allah : Kamu membantu kaum (golongan) kamu di atas kezaliman.
_______________________________________

Muqreez: "BERSIFAT KEBANGSSAAN BUKANLAH SUATU YANG BURUK SECARA MUTLAK..TETAPI DILARANG APABILA IANYA DITEGAKKAN ATAS DASAR KEZALIMAN BUKANNYA KEADILAN"

Nota : Muqreez menyokong penuh permohonan untuk pembinaan masjid Cina kerana tindakan Persatuan Cina Muslim itu selari dengan prinsip saling membantu atas dasar kebaikan....

Sebuah masjid Cina di Kelantan..Tahniah kerajaan Kelantan


Gambar oleh : Azmi Bogart
من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)

Khamis, Oktober 16

Dilepaskan Tanpa Dibebaskan...

Barangkali anda pernah mendengar rangkai kata undang-undang Dilepas Tanpa Dibebaskan (Discharged not amounting to an acquittal), ringkasnya DNAA. Bunyinya agak kontradik seperti 'dekat tapi jauh', 'Bersetuju untuk tidak bersetuju( Agree to disagree) ', tapi sebenarnya tidak selisih.

Di dalam suatu kes jenayah, mahkamah boleh memutuskan bahawa tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan atas sebab-sebab tertentu, ini bermakna pihak pendakwaan boleh untuk mendakwanya untuk kes yang sama pada masa akan datang. Orang Kena Tuduh bukanlah bererti bebas untuk kesalahan tersebut, namun dilepaskan sementara.Kes yang 'popular' dulu adalah kes Datuk Sharifah Aini yang dituduh memfitnah Datuk Siti. Baca ulasan Pak Lah tentang kes-kes yang telah di 'DNAA' di SINI

Namun, percaya atau tidak,konsep rangkai kata ini juga terpakai dalam hubungan antara manusia. Dua insan barangkali telah lama berpisah, namun masih lagi gagal untuk melupakan pasangan yang meninggalkan atau ditinggalkan.

Hidupnya terus dibelenggu kenangan indah ketika bersama dulu,tanpa bebas untuk mencari cinta baru... Itulah pecinta manusia dilepaskan dan dibebaskan...

Hanya memerlukan sesaat untuk kenal dan jatuh cinta, tapi memerlukan seusia hayat untuk melupai orang yang pernah dicintai...

Suatu hasilan pemerhatian, pengamatan dan pengalaman.

من جد وجد ومن سار على الدرب وصل
(he who strives, finds; and he who pursues the path, arrives)